Dec 16, 2010

LAW of ATTRACTION


Law of Attraction atau lebih dikenali sebagai Hukum Tarikan. Hukum tarikan ialah segala perkara yang kita fikirkan dengan seluruh perhatian, tenaga dan fikiran samada positif ataupun negatif akan datang dalam kehidupan kita.

Doa mohon pada Allah S.W.T


Al-Quran
Tahukah anda melalui doa dan Al-Quran dapat menyerlahkan kuasa tarikan yang luar biasa dalam mencapai kecermelangan dalam kerjaya kita?

Apa yang kita fikirkan hari ini menentukan apa yang akan terjadi pada masa hadapan. Jika kita mahukan masa hadapan kita lebih cemerlang, kita perlu berfikir dan mencipta keinginan ke arah kecermelangan itu.

Persoalannya, apakah kayu ukur bagi memastikan kuasa tarikan yang kita hasilkan tidak merentasi sempadan nilai? Apakah kayu ukur bagi memastikan tenaga daripada kuasa minda kita kekal dalam kerangka agama?

Jawapannya sudah pasti adalah Al-Quran. Melalui Al-Quran dan doa, kuasa tarikan yang terhasil diselarikan dengan petunjuk Tuhan. Firiran dan tindakan kita juga dibentuk sesuai dengan kehendak Tuhan. Kesannya, terhasillah kuasa tarikan yang luar biasa. Namun, yang paling utama kuasa tarikan itu menjamin kecermelangan yang lebih holistik, kecermelangan dunia dan akhirat..wallahualam...

Jadi anda yang terlibat dalam bisnes dan slalu berjumpa dengan client especially macam saya..praktikkan lah kuasa minda anda and always think positive for your prospect dan salurkan getaran positif padanya..insyallah anda akan berjaya...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...